Jumaat, 23 Mac 2012

KUIH  TRADISIONAL KUIH KITA




Diucapkan terima kasih diatas kunjungan saudara dan saudari semua yang mengunjungi Blog ini.kami adalah seorang pengusaha membuat kuih-muih untuk tempahan untuk sebarang jenis Majlis keramaian atau pun Majlis yang kecil.Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu.Saya dikenali dengan panggilan Ateh Hana atau Ateh sahaja.Perusahaan kuih ini di usahakan oleh saya dan kakak saya iaitu Angah Mona yang berpusat di Kota Gelanggi 1,Jerantut.Sekiranya anda tinggal disekitar kawasan Jengka,Temerloh,Maran,Jerantut dan mentakab lebih mudah untuk membuat tempahan dengan saya atau terus datang berjumpa dengan kami.Kalau anda tinggal jauh dari tempat kami,kami sedia menghantar kuih anda dengan pembungkusan yang kemas melalui pos laju.(Biasanya yang ini untuk tempahan Kuih Raya).Bercerita tentang Kuih Raya,biasa kita dengar di kalangan Masyarakat kita bila beli kuih raya tak kira di mana pun baik di pasar malam,pekan sehari,dipusat membeli belah,ramai mengatakan beli 5 jenis kuih tapi satu rasa.,betul tak!saya juga tidak menafikan perkara ini kerana bagi saya pengusaha kuih seperti ini adalah bukannya seorang pengusaha yang profesional tapi ianya menginaya pembeli.Insyaallah sekira anda menempah kuih raya dengan kami,anda tidak akan merasa 50 jenis kuih satu rasa.anda akan rasa kepelbagaian rasa di antara jenis-jenis kuih muih yang kami adunkan iaitu Satu Kuih Satu Rasa.Kepuasan anda,Kemenangan bagi kami.

Alhamdullillah penduduk di Felda kota gelanggi ini ramai membuat tempahan dan mula mengenali kuih buatan tangan kami.Biasanya penduduk disini membuat tempahan untuk Majlis cukur rambut,perkahwinan,pertunangan dan ada juga tempahan untuk Mesyuarat koperasi,Seminar dan sebagainya.

Untuk Tempahan kuih raya,kami mulakan menerima tempahan sebulan sebelum puasa.Untuk pengetahuan anda kami menerima tempahan lebih awal untuk memudahkan kami menyusun aturkan pembuatan kuih semasa bulan puasa dan pembuatan kuih akan bermula 3 minggu sebelum 1 syawal.Kami tidak akan menerima tempahan setelah 2 minggu puasa di Bulan Ramadan.Ini untuk mengelakan pelanggan-pelanggan kecewa apabila kuihnya lambat disiapkan.Kami utamakan KUALITI dan bukannya QUANTITI.

Anda boleh membuat tempahan ataupun pertanyaan di Talian 

Ateh Hana 0145324556

Angah Mona  0145357339